Kota Kinabalu 22 Nov 2012 – Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Ali telah mengahadiri majlis makan malam sempena pelancaran Pelapis Laut di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis ini belangsung di Pasific Sutera Hotel Kata Kinabalu, Hadir sama dalam majlis ini adalah Kapten (Kehormat) Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah PSSTLDM Naib Canselor UMS, Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Pertama Dato' Pahlawan Mohammad Rosland Omar dan pegawai – pegawai kanan TLDM.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan
lagi mahasiswa yang menyertai Pelapes UMS yang baru diwujudkan dengan pihak
tertinggi dalam TLDM. Dalam ucapan Naib Canselor UMS berkata pihaknya amat
berterima kasih kepada pihak TLDM kerana sanggup memilih UMS untuk dijadikan
Unit Pelapes Laut yang pertama di Sabah dan Sarawak. Diharap dengan adanya
Pelapes Laut ini dapat meningkatkan minat Mahasiswa-mahasiswa serta golongan
professional di UMS untuk menyertai Pasukan Simpanan TLDM.
Untuk
memeriahkan lagi majlis ini para tetamu dihiburkan dengan tarian tradisional
Sabah oleh Badan Kebudayaan KD SRI LIKAS TLDM dan diiringi oleh Band
kelab pelajar UMS. Majlis ini berakhir pada jam 10 malam.
Rujukan:
231112/06
Sumber: Perhubungan
Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel
& Jurufoto: Lk I PBS MOHD MUBIN BIN MOHD SALIM







